Thursday, 12 July 2018

[Video] Politik Islam (سياسي إسلامي)

Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). 
(Hadis Riwayat Thabrani) 

 Mari pejuang pejuang Umno diluar sana kita bangkit untuk Sungai Kandis. 
.................
.................
Lihat video: https://youtu.be/r-9-87cFcEI
.................
Rujukan:
http://nadzari.huluselangor.net/2018/07/prk-sungai-kandis-umno-selangor-letak.html

PRK Sungai Kandis : UMNO Selangor Letak Calon, Guna Logo Parti - Nadzari

#PRKSungaiKandis

UMNO Selangor bersetuju untuk meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan buat pertama kali akan menggunakan lambang parti itu sendiri dan bukan lambang Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat malam tadi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Noh Omar.

“Kita dah bermesyuarat malam tadi dan secara konsensusnya kita bersetuju untuk meletakkan calon kita di PRK Sungai Kandis. Pada masa sama UMNO Selangor turut mengesyorkan supaya kita bertanding pakai lambang UMNO sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor mencadangkan supaya UMNO bertanding pada PRK DUN Sungai Kandis atas nama parti itu sendiri bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap UMNO dalam senario politik semasa.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.

Berhubung siapa calon yang akan bertanding, Mat Nadzari berkata UMNO Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan perkara itu.

“Siapa calon tidak dibincangkan langsung malam tadi, terpulang kepada pucuk pimpinan pusat untuk memutuskannya. Kita cuma ambil ketetapan untuk bertanding pada PRK itu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan tentang kesediaan PAS untuk  memberi laluan kepada UMNO sekiranya parti itu (UMNO) memutuskan untuk meletakkan calon pada PRK berkenaan.

“Kalau PAS betul-betul ikhlas beri laluan, tunjukkanlah keikhlasan mereka… bekerjasama dengan UMNO atau bantu UMNO… jangan ada pertandingan tiga penjuru yang boleh merugikan pihak kita,” katanya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata PAS hanya akan meletakkan calon sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu pada PRK itu.

Menurut Takiyuddin, ia adalah bagi mengelakkan berlaku perpecahan undi dan akan mengulangi semula keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

Pada PRU14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada UMNO, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Mengulas persiapan UMNO bagi PRK itu, Mat Nadzari berkata parti itu akan menukar sedikit pendekatan bagi memenangi hati pengundi dengan menumpukan pada usaha penerangan kepada pengundi tentang prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama berkenaan kegagalan menunaikan janji yang dibuat sebelum PRU14.

“Isu-isu Melayu, agama contohnya terlalu banyak, 75 peratus pengundi di kawasan berkenaan adalah orang Melayu jadi untuk jaga kepentingan mereka, mereka perlu mempunyai pembangkang yang berwibawa, yang betul-betul boleh wakili mereka, bukan sekadar cakap sahaja. Mereka kena beri kita peluang untuk wujudkan sekatan dan imbangan dalam kerajaan hari ini,” katanya.



Wednesday, 11 July 2018

UMNO Jangan Susah Hati

Gabra gelabah phenomena biasa bila orang kalah bertanding. 

Langkah mereka jelas mulai kontot, fikiran mula bantut keputusan yang dibuat serabut tak tentu arah kelang kelibut. 

Sebahagian jatidirinya jadi barang gadaian dengan prinsip dilelong murah. 

Tak kurang pula yang gantung boot. 

"La Tahzan, Innallaha Ma'ana”. (At Taubah:40) Bersabarlah. Kita buat koreksi diri atau kumpulan kita; semak taktik dan teknik kita sebab kata Allah yg mafhumnya apa saja musibah yang menimpa kita adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kita sendiri.” (Asy Syura:30) 

Sedarilah...


[Video] Kaya itu rezeki

Nabi Allah Ayub adalah seorang kaya berasal dr Hauran. Muhamad Rasulullah berkahwin dengan janda hartawan.

Nabi Sulaiman istananya sangat indah. 

Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. 

Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya. 

So nothing strange. Cuma yg pelik bila ada orang kerjanya hari hari bagi orang lain jadi kaya.



Wala atau taat kepada pemimpin

Wala atau taat kepada pemimpin
Dalam keadaan tertentu ikatan ketaatan itu akan terungkai dan menjadi kewajipan umat Islam untuk keluar. 
Jumhur fuqaha’ menetapkan pemimpin tersebut hendaklah dijatuhkan.
Ubadah Ibn Shamit r.a berkata: Kami membai’at Rasulullah s.a.w dengan janji akan mendengar perintahnya, mentaatinya baik dalam keadaan susah mahupun senang, baik sulit mahupun lapang dan dalam keadaan dia lebih mengutamakan orang lain daripada kami dan kami tidak melawan orang-orang yang memegang kekuasaan, kecuali (beliau menjelaskan) jika kamu melihat bukti “kafir buwah” (الكفرالبواح) terhadap mereka. Terhadap orang seperti itu disisi kamu ada keterangan yang cukup daripada Allah”. 

(HR.Mutaffaq ‘alaih,al-Muntaqa 2/739)




Kacang dah tak kenal kulit

Dulu pagi2 waktu terang terang bulan dah menyuluh cari rezeki untuk kami tiga beradik.

Tempat ini sekarang semua dah jadi hutan batu tempat kami tinggal.

Hidup kami adik beradik pun dah berubah.

Getah tarik mainan kami dulu kini elergik kepada anak-anak.

Zaman berlalu pergi dengan melipat banyak sejarah yg membesarkan mereka.

Kini mereka menidakkannya umpama kacang dah tak kenal kulit.


Jiwa rapuh tak kental

Dalam melakukan kebangkitan kita sering tidak mengambil kira sikap idealis. 

Kita sering mengukur lantas menukar kesempurnaan dengan kesederhanaan yg menghilangkan perkiraan tentang konsep ‘wasato jabalun.’ 

Kalau berketua, wala kita kepadanya sering mengikut rasional separuh tiang tanpa nilai kesempurnaan yg berlandaskan pengetahuan yg tidak bersalahan dan akal fikiran yg sah. 

Kalau dalam kumpulan, kita menjurus mengamal idealisma individualistik; diri dulu ummah kemudian. 

Kalau berkorban, sering lari dalam perjuangan jauh dari menjadi seorang mujahidin. 

Jiwa rapuh tak kental. 

Kata pendita Zaaba, ”bekerja bersama-sama jika mereka berhajat hendak mengangkat diri mereka ke tempat yang lebih tinggi daripada kerendahannya dan kenyataannya (kebangsatannya) yang menyelubungi mereka sekarang ini."


Monday, 9 July 2018

Bersifat wala atau taat

Janggal jika sesuatu organisasi strukturnya tanpa ketua. 

Lagi janggal kalau waktu giliran kita dibawah kita tak faham cara dan adab berketua. 

“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu.” (Surah An-Nisa’ : 59) 

“Tunduk dan patuhlah kamu, sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya”.(HR.Muslim no.1846) 

“Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci perbuatannya, namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya”.(HR.Muslim no.1855) 

Resepi asasnya ialah bersifat wala atau taat.


Sunday, 8 July 2018

Revolusi seorang nasionalis kena berpaksi kepada kebenaran Revolusi,

Langgak Duta - Kena faham cerita untuk bangkit; revolusi seorang nasionalis kena berpaksi kepada kebenaran bukan berasas sesuatu yg batil nanti kita diingat sebagai pendua si Kitol. 

Dengan anak bongsu saya Najeeb sembang-sembang untuk faham dengan DS’Najib dan DS’Rosmah.

Tqsm boss.

------------------ https://youtu.be/06Vd_ng8Ec8 -------------------

Saturday, 7 July 2018

Melayu bersemangat Kebangsaan jaga agamamu

Melayu bersemangat Kebangsaan jaga agamamu; wahyu Allah dlm suratulkaafiruun menyebut;

Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan beribadah kepada apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku ibadahi (3) Dan aku tidak pernah menjadi ahli ibadah kepada apa yang kamu sembah, (4) Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku ibadahi. (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.” (6)


Tuesday, 19 June 2018

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia


Assalam semua... 
 Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2018-2021 

No #27

Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Hulu Selangor)  
Mohon sokongan seluruh perwakilan agar diberi peluang untuk meneruskan perjuangan ini, 
InsyaAllah.  
#SebarkanKepadaSemuaPerwakilan 
#NadzariDahlan4MKT 
#No27 
#IltizamMemartabatkanUMNO

Saturday, 13 May 2017

Bandar Baru Batang Kali - merasmikan mesyuarat penajaan Cawangan Baru UMNO Seksyen 3







Bandar Baru Batang Kali - merasmikan mesyuarat penajaan Cawangan Baru UMNO Seksyen 3 Bdr Baru Batang Kali.

Tahniah dan terima kasih kepada 76 ahli baru yang memilih UMNO sebagai wadah perjuangan terutama Puan Zakiah selaku Ketua Cawangan Penaja.

https://m.facebook.com/matnadzari.ahmaddahlan/posts/649387095261219

Thursday, 11 May 2017

(Video) Zahid Hamidi Mengimamkan Solat Maghrib



BUKIT JALIL: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengimamkan solat Maghrib bersama lebih 5,000 jemaah di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Beliau kemudiannya bersama jemaah yang turut hadir dari Sekolah Tahfiz Al Imtiaz, Masjid Tanah Melaka membaca Yassin. 

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa sempena dengan malam Nisfu Syaaban.

Ia adalah sebahagian pengisian sempena Sambutan Hari Umno ke-71 yang jatuh pada hari ini. 

Hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Kasturi - menziarah adik Thaqif Said




Menziarah adik Thaqif Said yang terlibat kemalangan jalanraya.

Semoga sembuh kembali.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=648114412055154&id=100005698032536

Wednesday, 10 May 2017

Bandar Sungai Buaya: Program Ziarah Kasih Ke Rumah Ibu Fatimah




Bandar Sungai Buaya: Program Ziarah Kasih ke rumah Ibu Fatimah  bekas AJK UMNO Bahagian Hulu Selangor . 

Ibu Fatimah Sudah Berusia 90 Tahun , Hingga Kini Masih Tetap Menyokong  UMNO .