Saturday, 25 February 2017

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ: Bekas Speaker/ ADUN Paya Jaras Selangor meninggal dunia


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Paya Jaras, Datuk Saidin Tamby, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Selayang (HS), dekat sini, pagi tadi. 

Allahyarham yang berusia 81 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 pagi tadi ketika menerima rawatan akibat angin ahmar selain komplikasi darah tinggi dan kencing manis. 

Menurut sumber keluarga, jenazah dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Selayang Pandang, Batu Caves dekat sini, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda selepas solat Asar. 

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Maimunah Shafie dan empat anak, Mohd Marwan, Mahizun, Mayzion dan Maznun. 

Salam takziah kepada ahli keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan mereka ang beriman.

No comments:

Post a Comment