#PRKDUNSungaiKandis: Zalim Tahap Firaun

7/30/2018 03:01:00 pm

#RejimPHZalim #RejimMahazalim #RejimMahafiraun

Bagaimana anda faham tentang banners ini? Kami difahamkan SPR nak runtuhkan nak cabut nak buang semuanya kerana menyalahi ‘Akta 4A (1) Pilihanraya.’ 

Katanya bersalahan dgn akta ini, betul ke? Saya raguinya. Atau, mereka sudah mula kepanasan. Cakap mereka yg tak serupa bikin yg putar alam U turn dan menipu yg terlalu banyak sudah mula dirasai dan dilihati rakyat. Pendedahan2 sinis ini menggerunkan mereka sehingga ‘top gun’ mereka kena beramai ramai turun berkempen.

#Perangai azali yg termaktub susah nak diubah.

AKTA PILIHANRAYA - Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan

4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

(2) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya, mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau dipilih dalam sesuatu pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari sabitan itu, dan jika pada tarikh itu dia telah pun dipilih dalam sesuatu pilihan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu.




You Might Also Like

0 comentários

Like us on Facebook

Flickr Images