Bahasa Maqasid "akhraf al-Darrarain"

8/08/2018 06:26:00 pm

Gelak besar aku hari ini. Kelakar juga petikan bekas pensyarah aku ni. 

“Antara Kleptokrasi dan Klentongkasi, mana kurang jahat?” 

Kalau tengok kerajaan hari ini, ciri-ciri ini mainan biasa.

Objektif menghalalkan cara seperti pendapat Niccolò Machiavelli dlm buku ’The Prince’ amat berleluasa. 

Dari Perdana Menteri ke Menteri hinggalah ke pemimpin bawahan mereka mempunyai pegangan sebegini. 

Buat masa ini kenyataan-kenyataan mereka boleh U-turn pada bila-bila waktu. Memang ‘klentongkasi.’

Bab ‘Kleptokrasi’ tak payah ceritalah. Mereka dah kenyang banyak. Dah pulun awal dah. Nasib baik ada kerak. Itulah yg nak diagih-agih balik.

Alhamdulillah, dapatlah orang-orang marhain yang terkemudian macam kami merasa. 

Trend ini akan menjadi lebih parah bilamana negara sekarang ditadbir dikalangan anak beranak dan suku sakat.

#Daridulumacamtu ...
.......
Rujukan:
http://nadzari.huluselangor.net/2018/08/barometer-klentongkasi-100-hari-ph.html?m=1






You Might Also Like

0 comentários

Like us on Facebook

Flickr Images