UMNO Selangor harap tiada campur tangan politik kes Zahid

Badan Perhubungan UMNO Selangor berharap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan diadili dengan seadilnya di mahkamah tanpa sebarang tekanan dan campur tangan politik.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, UMNO Selangor juga menyokong penuh dan akan terus berdiri teguh bersama Presiden UMNO itu dalam menghadapi tekanan dan musibah ketika ini.

“Kami juga berdoa kepada Allah agar mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini.

“Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat, penyokong dan ahli UMNO khususnya ahli UMNO Selangor untuk berdiri teguh dan mendoakan serta mengadakan Solat Hajat memohon pertolongan kepada Allah samada secara berjemaah atau persendirian.

“Semoga YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diadili dengan seadil-adilnya oleh mahkamah tanpa tekanan dan campur tangan politik,” kata Naib Presiden UMNO itu dalam satu kenyataan, Khamis.

Ahmad Zahid dipanggil sekali lagi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kali keenam hari ini dan berkemungkinan besar akan didakwa di Mahkamah pada Jumaat.

 

Popular posts from this blog

Barometer #KLENTONGKASI 100 Hari PH

Bahasa Maqasid "akhraf al-Darrarain"