Ismail Sabri pangku tugas Timbalan Presiden UMNO


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumumkan sebagai pemangku Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta bagi menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan yang memangku tugas-tugas Presiden.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Pengurusan UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


Katanya, tugas-tugas yang dipangku itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja parti.

Menurut beliau, Ismail Sabri dipilih untuk memangku jawatan itu berikutan jawatannya yang merupakan Naib Presiden paling kanan dalam parti.


“Keutamaan UMNO sekarang adalah untuk memperkukuhkan saf kepimpinan dan juga memfokuskan agenda pengukuhan parti.


“Diharapkan semoga proses pengukuhan parti di semua peringkat dapat direalisasikan sebaiknya seperti yang dihasratkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” kata Annuar dalam kenyataan di sini hari ini.



Kelmarin, Ahmad Zahid selepas menghadiri Wacana U3.0 yang bertajuk ‘Sesi Hati Ke Hati Bersama Presiden UMNO’ bersetuju untuk menyerahkan tugas-tugasnya kepada Mohamad selaku timbalannya.


Penyerahan kuasa untuk seketika itu demi keutuhan parti serta demi kepentingan pimpinan di semua peringkat terutama ahli-ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan UMNO Bahagian-bahagian.






Popular posts from this blog

Barometer #KLENTONGKASI 100 Hari PH

Bahasa Maqasid "akhraf al-Darrarain"