Posts

Showing posts from July 8, 2018

[Video] Politik Islam (سياسي إسلامي)

Image
Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).  (Hadis Riwayat Thabrani) 
 Mari pejuang pejuang Umno diluar sana kita bangkit untuk Sungai Kandis.  ................. .................
Lihat video: https://youtu.be/r-9-87cFcEI
.................
Rujukan:
http://nadzari.huluselangor.net/2018/07/prk-sungai-kandis-umno-selangor-letak.html

PRK Sungai Kandis : UMNO Selangor Letak Calon, Guna Logo Parti - Nadzari

Image
#PRKSungaiKandis

UMNO Selangor bersetuju untuk meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan buat pertama kali akan menggunakan lambang parti itu sendiri dan bukan lambang Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat malam tadi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Noh Omar.
“Kita dah bermesyuarat malam tadi dan secara konsensusnya kita bersetuju untuk meletakkan calon kita di PRK Sungai Kandis. Pada masa sama UMNO Selangor turut mengesyorkan supaya kita bertanding pakai lambang UMNO sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor mencadangkan supaya UMNO bertanding pada PRK DUN Sungai Kandis atas nama parti itu sendiri bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap UMNO dalam senario politik semasa.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi ber…

UMNO Jangan Susah Hati

Image
Gabra gelabah phenomena biasa bila orang kalah bertanding. 
Langkah mereka jelas mulai kontot, fikiran mula bantut keputusan yang dibuat serabut tak tentu arah kelang kelibut. 
Sebahagian jatidirinya jadi barang gadaian dengan prinsip dilelong murah. 
Tak kurang pula yang gantung boot. 
"La Tahzan, Innallaha Ma'ana”. (At Taubah:40) Bersabarlah. Kita buat koreksi diri atau kumpulan kita; semak taktik dan teknik kita sebab kata Allah yg mafhumnya apa saja musibah yang menimpa kita adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kita sendiri.” (Asy Syura:30) 
Sedarilah...

[Video] Kaya itu rezeki

Nabi Allah Ayub adalah seorang kaya berasal dr Hauran. Muhamad Rasulullah berkahwin dengan janda hartawan.
Nabi Sulaiman istananya sangat indah. 
Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. 
Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya. 
So nothing strange. Cuma yg pelik bila ada orang kerjanya hari hari bagi orang lain jadi kaya.


Wala atau taat kepada pemimpin

Image
Wala atau taat kepada pemimpin Dalam keadaan tertentu ikatan ketaatan itu akan terungkai dan menjadi kewajipan umat Islam untuk keluar.  Jumhur fuqaha’ menetapkan pemimpin tersebut hendaklah dijatuhkan. Ubadah Ibn Shamit r.a berkata: Kami membai’at Rasulullah s.a.w dengan janji akan mendengar perintahnya, mentaatinya baik dalam keadaan susah mahupun senang, baik sulit mahupun lapang dan dalam keadaan dia lebih mengutamakan orang lain daripada kami dan kami tidak melawan orang-orang yang memegang kekuasaan, kecuali (beliau menjelaskan) jika kamu melihat bukti “kafir buwah” (الكفرالبواح) terhadap mereka. Terhadap orang seperti itu disisi kamu ada keterangan yang cukup daripada Allah”. 
(HR.Mutaffaq ‘alaih,al-Muntaqa 2/739)



Kacang dah tak kenal kulit

Image
Dulu pagi2 waktu terang terang bulan dah menyuluh cari rezeki untuk kami tiga beradik.

Tempat ini sekarang semua dah jadi hutan batu tempat kami tinggal.

Hidup kami adik beradik pun dah berubah.

Getah tarik mainan kami dulu kini elergik kepada anak-anak.

Zaman berlalu pergi dengan melipat banyak sejarah yg membesarkan mereka.

Kini mereka menidakkannya umpama kacang dah tak kenal kulit.


Jiwa rapuh tak kental

Image
Dalam melakukan kebangkitan kita sering tidak mengambil kira sikap idealis. 
Kita sering mengukur lantas menukar kesempurnaan dengan kesederhanaan yg menghilangkan perkiraan tentang konsep ‘wasato jabalun.’ 
Kalau berketua, wala kita kepadanya sering mengikut rasional separuh tiang tanpa nilai kesempurnaan yg berlandaskan pengetahuan yg tidak bersalahan dan akal fikiran yg sah. 
Kalau dalam kumpulan, kita menjurus mengamal idealisma individualistik; diri dulu ummah kemudian. 
Kalau berkorban, sering lari dalam perjuangan jauh dari menjadi seorang mujahidin. 
Jiwa rapuh tak kental. 
Kata pendita Zaaba, ”bekerja bersama-sama jika mereka berhajat hendak mengangkat diri mereka ke tempat yang lebih tinggi daripada kerendahannya dan kenyataannya (kebangsatannya) yang menyelubungi mereka sekarang ini."

Bersifat wala atau taat

Image
Janggal jika sesuatu organisasi strukturnya tanpa ketua. 
Lagi janggal kalau waktu giliran kita dibawah kita tak faham cara dan adab berketua. 
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu.” (Surah An-Nisa’ : 59) 
“Tunduk dan patuhlah kamu, sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya”.(HR.Muslim no.1846) 
“Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci perbuatannya, namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya”.(HR.Muslim no.1855) 
Resepi asasnya ialah bersifat wala atau taat.

Revolusi seorang nasionalis kena berpaksi kepada kebenaran Revolusi,

Image
Langgak Duta - Kena faham cerita untuk bangkit; revolusi seorang nasionalis kena berpaksi kepada kebenaran bukan berasas sesuatu yg batil nanti kita diingat sebagai pendua si Kitol. 
Dengan anak bongsu saya Najeeb sembang-sembang untuk faham dengan DS’Najib dan DS’Rosmah.
Tqsm boss.
------------------ https://youtu.be/06Vd_ng8Ec8 -------------------