Posts

Showing posts from July 22, 2018

Campak Bunga dibalas Campak Tahi

Image
Orang Melayu kuat dengan budi bahasa. Bila menegur, mereka ini beradab dan beralas. 
Kalau dia sudah menabur budi tetapi orang tak hargai, mereka kata dia tu ‘kacang lupakan kulit.’ 
Tak caci tak maki tak menyalak pun.  Begitu juga kalau orang datang menumpang duduk, dipersilanya dgn hormat. 
Mereka tak menempik kehulu kehilir kalau orang tu perlahan lahan ambil hartanya. 
Paling kuat, mereka merungut ‘macam Belanda dapat tanah.’
#Naiklemak




Keterbukaan yang Menyegankan

Image
Era kebangkitan anak muda dalam pencorakan isma baru dalam paska dunia moden sebenarnya boleh dihidu sejak 15 tahun kebelakangan dulu. Ada riak amalan, sistem, falsafah serta fahaman mereka yg berubah. 
Kemajmukan hidup dengan percampuran pelbagai budaya disulam bersama prinsip liberalisma dan sekularisma mempercepatkan lagi proses perubahan ini. 
Cara dan gaya hidup kini lebih terbuka, bebas dengan hak-hak peribadi dan kesamarataan sentiasa dipertahankan.
Amalan lama yg banyak dalam lipatan sejarah negara tidak lagi yg terbaik. Malahan, ianya dianggap lapuk tidak secocok dan jumud; tidak dinamik dan tidak progressif.
Apakah ini percaturan yang bijak? Saya bimbang nilai baru ini akan membawa mudarat dan bala yang lebih besar dimasa akan datang.
#Rujuk _sejarah_bagaimana_generasi_manusia_dipupuskan. 
Jangan ulang.
................. Lihat video: https://youtu.be/1JKcjwS0ihI

Felda Hadapi Masalah Kecairan Tunai

Image
Felda gagal memenuhi ‘Bayaran Pinjaman SARA HIDUP’ & Pendahuluan Hasil’ kepada peneroka. Berbulan gagal lunaskan. 
Peneroka tertanya tanya tentang nasib mereka di bulan bulan akan datang. 
Kemana nak mengadu ni? 
Duit Felda ada lagi ke ni?
Negara China hari itu saya dah khabarkan dah ikat kontrak beli sawit Indonesia. 
Sawit Felda sekarang terumbang ambing, tak tahulah apa nak jadi.
#Gigit jari lagi.
Rujukan:
http://nadzari.huluselangor.net/2018/07/sawit-komoditi-orang-felda.html



[Video] Semenanjung Malaysia adalah Tanah Melayu - Tajuddin Abdul Rahman

Image
Datuk Tajuddin Abdul Rahman mempunyai locus standi seperti apa yg diperkatakan oleh Prof Khoo Kay Kim, Semenanjung Malaysia ini adalah tanah Melayu. 
DAP nampaknya tidak bersetuju. 
Dan, Sarawakian dan Sabahan mungkin juga tidak setuju bilamana ketiga tiga tanah ini disatukan menjadi Malaysia.
Tak apalah tinggalkan persoalan itu. 
Kalau DAP mahu beragenda seperti yg dilaung laungkan dalam video ini, haruslah mereka memperbetulkan dan buat pembersihan akan fahaman ahli-ahli dan penganut penganut mereka keatas sifat sebenar perlembagaan DAP.
Terjemahkan maksud sebenarnya. Selepas itu ‘walk the talk.’ 
Kami belum berpuas hati dengan karakter DAP,  belum nampak keikhlasannya. Banyak cakap tak serupa bikin.
Apa yg kami faham ianya memperjuangkan kesamarataan meretokrasi dan kuat berpaksi kepada fahaman sosialis dan kapitalis yakni ‘the best man win.’ 
Ini mungkin kerana kesempitan mereka dalam mentafsirkan Malaysia utk semua itu dlm kontaks ‘with due respect.’
#Jangan temberang.
.........…

Sawit Komoditi Orang Felda

Image
10,338 peneroka bergantung kpd hasil sawit. 
Adakah berita dr Indonesia ini benar? 
Terggugatkah eksport minyak sawit Malaysia? 
Bagaimanakah nasib peneroka2 kita? 
Anak-anak Felda harus bangkit perbetulkan keadaan terutama mereka yg pandai2 tu. Beri tunjuk ajar bagaimana utk mengatasi masalah ibu bapa kita yg sudah mula berkurang pendapatan ini. 


 ............ 
Cina Tanda Tangani Pembelian Kelapa Sawit Indonesia 
REPUBLIKA.CO.ID, BEIJING -- Beberapa pengusaha Cina menandatangani kontrak pembelian kelapa sawit dan produk turunannya dari Indonesia senilai 726 juta dolar AS di Nanjing, Rabu. 
Kontrak tersebut berlaku untuk satu tahun ke depan.
https://republika.co.id/berita/ekonomi/bisnis-global/18/07/12/pbppw2414-cina-tanda-tangani-pembelian-kelapa-sawit-indonesia