Posts

Showing posts from November 11, 2018

Klentongkasi #Bajet2019 rejim PH: Menghitung buah Kerayong

Image
Perbahasan Dato’ Sri Najib Tun Razak pada hari ini jelas menunjukkan beberapa kebimbangan terhadap Bajet 2019 yang dibentangkan Kerajaan PH baru-baru ini:

1. Reaksi pasaran yang negatif jelas ditunjukkan dengan kejatuhan Bursa Saham Kuala Lumpur yang sehingga kini mengalami kejatuhan sehingga 200 mata. Keyakinan pelabur dalam dan luar negara semakin menurun dan penjualan pegangan dalam negara semakin meningkat.

2. Bajet 2019 berteraskan harga minyak mentah USD 70 setong. Kini harga minyak mentah telah menurun sehingga USD 65 setong dan sekiranya trend ini kekal maka Bajet 2019 tidak dapat dilaksanakan.

3. Kadar pertumbuhan KDNK 4.9% yang digariskan di dalam Bajet 2019 bertentangan dengan SEMUA analisis kewangan dunia malah ada yang menjangkakan lebih rendah daripada 4.0%.

4. Penarafan negatif Petronas akan melemahkan rating kredit Petronas dan pinjaman yang dilakukan meningkatkan kadar faedah sekaligus mengurangkan pendapatan Petronas dan negara dan melemahkan keyakinan pelabur terha…

Jijik sungguh hati Tun M suruh bubar UMNO

Image
Tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan rohnya sudah tiada dikatakan lahir daripada kejijikan melampau dalam hati Pengerusi PPBM itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan, berkata, justeru tiada sebab untuk UMNO dibubarkan seperti yang disarankan Perdana menteri itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya rasa kejijikan yang melampau dalam hati Tun M yang membuatkan beliau ingat UMNO dan rohnya sudah tiada.

“Tun M boleh merayu dan membuat ‘tekanan politik pelampau’ tetapi nampaknya tiada kebangkitan dari akar umbi UMNO yang berkehendak sebegitu.

“Yang saya nampak sudah mula kelihatan tanda-tanda ahli dahaga kepada permulaan semula yang lebih baik daripada kepemimpinan dan parti UMNO itu sendiri,” katanya memetik laporan media hari ini.

Mat Nadzari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang dilaporkan menyuruh Ahmad Zahid membubarkan UMNO kerana parti itu sudah tiada.

Dr Mahathir berka…