Posts

Showing posts from December 9, 2018

Jangan resah, rapatkan barisan dan kukuhkan parti

Image
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan, meminta ahli UMNO yang masih bersama parti tidak resah dengan tindakan sesetengah ahli yang bertindak keluar parti.

Beliau berkata, walaupun ada yang bertindak keluar parti, ahli akar umbi tidak terjejas dan ia adalah petanda yang baik.

“Apa yang penting sekarang adalah kita rapatkan lagi barisan kita dan kesatuan sesama kita kerana UMNO Selangor amat memerlukan elemen ini.

“Tindakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh, yang keluar UMNO juga tidak banyak membawa kesan kepada akar umbi kerana beliau cuma ahli biasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya lagi, pihak pengurusan UMNO Selangor dijangka mengadakan perbincangan mengenai hal berkenaan esok.

Semalam, enam ahli parlimen UMNO mengumumkan keluar daripada parti berkenaan selain mendesak Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, segera meletak jawatan.

Selain Mohamad Fakeh, lima lagi Ahli Parlimen ialah Datuk Seri Ha…