Posts

Showing posts from December 16, 2018

Ismail Sabri pangku tugas Timbalan Presiden UMNO

Image
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumumkan sebagai pemangku Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta bagi menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan yang memangku tugas-tugas Presiden.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Pengurusan UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


Katanya, tugas-tugas yang dipangku itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja parti.

Menurut beliau, Ismail Sabri dipilih untuk memangku jawatan itu berikutan jawatannya yang merupakan Naib Presiden paling kanan dalam parti.


“Keutamaan UMNO sekarang adalah untuk memperkukuhkan saf kepimpinan dan juga memfokuskan agenda pengukuhan parti.


“Diharapkan semoga proses pengukuhan parti di semua peringkat dapat direalisasikan sebaiknya seperti yang dihasratkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” kata Annuar dalam kenyataan di sini hari ini.



Kelmarin, Ahmad Zahid selepas menghadiri Wacana U3.0 yang bertajuk ‘Sesi Hati Ke Hati…

Selangor Umno: Disloyal party members should get out

Image
Umno members who want to leave the party should just go, says Selangor Umno secretary Datuk Johan Abdul Aziz.

He said there were still many who loved the party and would do what it takes to revive it.

He added that although some division leaders had left, their deputies were staying put.

“We also have many young people in the youth wing who can move up and strengthen the party.

Selangor Umno deputy chief Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan concurred, and urged remaining party members not to panic over the exodus.

“These people have made their choice for reasons known only to them. They have gone and we are no longer concerned about them,” said Mat Nadzari.


However, he added, the party leadership must do what was necessary to stop this from happening further.

Mat Nadzari said the onus was on the top leadership to stop the defections from escalating.

He said it was time for party members at all levels to come together, stop finding fault with each other and collectively work towards salvagi…

Serah tugas Presiden: Ahmad Zahid utamakan masa depan UMNO

Image
Tindakan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan, untuk mengalas jawatan tertinggi UMNO mencerminkan sikap Presiden Parti itu yang mengutamakan masa depan parti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata kepemimpinan peringkat negeri itu juga mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zahid atas keputusan berkenaan.

“Bukan mudah untuk membuat keputusan yang saya fikir paling susah dalam kerjaya politik beliau. Sudah tentu kepentingan masa depan parti yang beliau utamakan.


“Sebenarnya kita di negeri tidak ada masalah untuk berkerja bawah pimpinan beliau.

“Kita harap timbalannya dapat cepat menerima, memikul dan menjalankan tugas sebagai pemangku,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Mat Nadzari berkata, kerusi diduduki Mohamad itu kini panas, manakala semua peringkat kepemimpinan parti dan ahli UMNO keseluruhannya sudah gelisah menjadi ahli sebuah parti yang kalah dan bukan lagi sebaga…

UMNO Selangor tak halang, tapi tak galak bentang usul desak Zahid undur

Image
Mat Nadzari, Zahid Hamidi, UMNO Selangor, UMNO, Politik,

UMNO Selangor tidak akan menghalang mana-mana UMNO Bahagian di negeri itu untuk membentangkan usul supaya Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatannya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, ia berikutan UMNO Bahagian tidak boleh dihalang untuk berbuat demikian kerana perkara itu dibenarkan dalam perlembagaan parti.

“Setakat ini, kami tidak mendengar mana-mana Bahagian yang menyatakan hasrat mereka untuk membentangkan usul itu. Kami tidak boleh menghalang mereka daripada mengambil tindakan itu dan pada masa sama, kami juga tidak menggalakkannya. Kami tidak mahu terjebak dalam perangkap yang dipasang pihak tertentu.

“Pada pandangan peribadi saya, kita seharusnya tidak menggalakkan kerana tidak mahu ia menjadi contoh kepada tindakan sama di masa hadapan. Pada ketika ini, kami akan menghormati keputusan yang dibuat oleh dua pertiga ahli dalam pemilihan sebel…